Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila kita mahu ajar anak, kita juga perlu belajar.
Saya mula agak lambat. Semasa Amni kecil, saya rajin tunjuk flashcards, tetapi lama-kelamaan makin kurang.
Tahun lepas, saya mula ajar membaca. Guna buku yang kakak beri. Berminggu, berbulan, muka surat satu dan dua ulang-ulang, bunyi 'a' dan 'ba', kadangkala 'ca'. Tetapi tiada kemajuan. Amni "stress" apabila saya ambil buku ajak duduk.
Saya mula rasa tertekan. Apatah lagi Amni tidak ke tadika (ada kisah di sebaliknya). Jadi, dalam rasa ketakutan anak saya akan ketinggalan dan seterusnya terpinggir di sekolah nanti, saya mula memikirkan cara lain.
Sekarang Amni belum "khatam" lagi, tetapi sudah boleh baca ayat-ayat yang ada suku kata "a-za, i-zi, u-zu, dan o-zo.
Amni anak sulung, saya tiada panduan jelas. Saya banyak mencuba dan perbaiki kaedah saya ajar anak dari masa ke masa. Jadi, saya mahu kongsikan langkah yang saya ambil.
Semoga ada mommies lain di luar sana yang akan beroleh manfaat. Kaedah yang saya gunakan mungkin kurang sesuai untuk anak lain sebab setiap anak berbeza, jadi pendekatan yang kita perlu ambil juga berbeza.
Langkah saya ambil:
1. Tampal di dinding.
Memandangkan Amni tidak suka baca di buku, saya pilih untuk tampal di dinding. Setakat ini ada ditampal di dinding bilik utama, bilik kedua, ruang tamu dan ruang makan.
Saya tampal berperingkat. Setiap kali dia sudah dapat baca, saya akan tampal suku kata baru beserta contoh ayat/perkataan yang boleh dibina.
Sambil belajar bunyi, terus belajar baca ayat. Terus juga belajar baca ayat guna huruf besar dan kecil serta tanda baca. Semua diperkenalkan serentak dan berperingkat.
2. Kemudian saya juga rangkumkan dalam kertas semua suku kata Aa-Zaza (lihat contoh Oo-Zozo, yang a, i dan u saya sudah tanggalkan.
3. Untuk a, i dan u saya ringkaskan sebab sudah mahir.
4. Apabila Amni sudah boleh baca banyak bunyi, dia tidak stress untuk baca buku. Jadi, saya kembali kepada sesi baca buku. Ikut mood Amni berapa page/para mahu baca. Tempoh masa dan kekerapan juga ikut mood Amni, tetapi saya pujuk dan dorong. Kadangkala 3 kali sehari, kadangkala banyak muka surat kadangkala 1 para sahaja.
5. Kalau Amni langsung tidak mahu baca buku, saya akan tulis di wall sticker untuk dia baca, ataupun gunakan kad yang saya beli ataupun dia ulang-ulang baca yang saya tampal di dinding.
Saya guna buku membaca exra. Saya juga ada beli kit pantas membaca dan flipcard. Semua ini untuk memberi variasi kepada suasana belajar.
Namun, apa yang saya mahu tekankan di sini, adalah, kalau kita tidak mampu membeli buku ataupun alat bantu mengajar pun, kita masih boleh tulis sendiri atas kertas biasa dan tampal di dinding. Yang penting kita usaha; kita sendiri belajar untuk mengajar anak kita.
Memandangkan Amni lebih suka matematik, saya kena pandai cari peluang untuk Amni belajar membaca. Amni juga banyak belajar melalui aktiviti/sambil bermain bagi mengelakkan dia bosan dan hilang fokus.
Saya harap dapat selesaikan sekurang-kurangnya 3/4 modul bahasa Melayu ini supaya saya dapat fokus ajar fonik bahasa Inggeris pula.
Selain membaca, mengira dan berlatih menulis, kami juga buat aktiviti lain seperti kraf. Saya akan share lain kali. Insya Allah.
Semoga bermanfaat.
La hawla wala quwwata illah billah....
________
Sambil homeschool anak, saya cuba jual cuckoo. Kalau ada yang berminat, boleh whatsApp saya di 018-6695294 untuk maklumat lanjut tentang penapis air dan udara cuckoo.

Comments
Post a Comment